KerohanianSemasa

Ayuh bermunajat Ambang Tahun Baharu 2023 di Masjid Putra esok

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menjemput orang ramai hadir memeriahkan program Munajat Ambang Tahun Baharu 2023 bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Masjid Putra, Putrajaya esok.

Program pengisian malam tahun baharu 2023 itu bermula 6:30 petang dengan aktiviti jamuan makan malam diikuti solat Maghrib, solat hajat, bacaan Yasin dan doa selamat pada 7:15 malam.

Perdana Menteri kemudian dijadual memberi ucapan amanat khas pada 8 malam yang turut disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebelum menunaikan solat Isyak pada 8:30 malam.

“Pelbagai pengisian acara disajikan untuk kita semua. Kita jumpa di sana, insya-Allah,” menurut Jakim dalam hantaran di Facebook.

Sebelum ini, Perdana Menteri mengumumkan Sambutan Ambang Tahun Baharu 2023 di Dataran Merdeka yang sepatutnya diadakan esok dibatalkan berikutan keadaan beberapa negeri dilanda musibah banjir.

Kredit foto: Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Terengganu

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button