BanjirSemasa

MAPIM Rangers gembleng tenaga bantu mangsa banjir di Tumpat

TUMPAT: Sukarelawan kenderaan pacuan 4 roda, MAPIM Rangers menggembleng tenaga untuk menyalurkan bantuan seperti keperluan asas dan makanan panas kepada penduduk terjejas banjir termasuk yang tidak berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di beberapa buah kampung sekitar daerah ini.

Sukarelawan MAPIM Rangers yang turut serta perlu menempuh perjalanan kira-kira sejam menggunakan bot untuk sampai ke Kampung Banggol Petani, Wakaf Bharu  dan Bendang Pa’Yong.

Khairul Badri ketika ditemubual Ummah Today sebelum berlepas ke Tumpat, Kelantan

“Misi kali ini MAPIM Rangers bergerak ke kawasan hotspot, terutamanya sekitar Pasir Putih & Tumpat. Kami membawa kekuatan sepuluh kenderaan 4×4 dan 15 buah bot yang di bawa dari Ummah Central Warehouse MAPIM di Sepang untuk bekerjasama dengan anggota Angkatan Pertahanan Awam dan agensi badan beruniform lain untuk membantu kerja-kerja pemindahan penduduk terjejas atau barangan keperluan jika diminta dan mendapat kebenaran,” kata Khairul Badri, Ketua MAPIM Rangers dalam Misi Bencana Banjir Pantai Timur kali ini.

Mengulas lanjut, Khairul berkata kawasan kampung-kampung terlibat dinaiki air melebihi paras 0.8 meter menyebabkan lokasi terkesan banjir bertukar menjadi seperti sungai.

Ini menyukarkan mangsa banjir untuk keluar ke tempat tinggi, oleh kerana itu, MAPIM Rangers menjalankan usaha secara bersepadu dengan agensi frontliners berkaitan mengumpul barangan keperluan untuk dihantar kepada penduduk terkesan.

Kehadiran MAPIM Rangers di Kelantan juga adalah bagi menyahut seruan kerjasama bantuan oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun yang menasihatkan semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) agar berdaftar terlebih dahulu dengan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) negeri sekiranya ingin menghulurkan apa jua jenis bantuan kepada mangsa banjir.

Beliau berkata kehadiran NGO dari luar dengan kepakaran masing-masing amat diperlukan dalam usaha bantuan semasa dan pasca banjir.

MAPIM Malaysia Melancarkan Tabung Kecemasan Bencana Banjir Pantai Timur

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan musibah banjir serta menyokong kelangsungan misi bantuan kemanusiaan kami.

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263540066

atau klik ke www.bantuummah.com

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button