KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengadakan pertemuan dengan semua menteri besar dan ketua menteri di Putrajaya, esok.
Memetik Berita Harian – menurut sumber kepada Menteri Besar Johor, pertemuan itu akan diadakan di sebelah pagi, namun tidak diketahui tujuan perjumpaan terbabit.
“Perdana Menteri akan berjumpa dengan semua menteri besar dan ketua menteri, esok. Ya (pertemuan) pada sebelah pagi…Menteri Besar (Datuk Hasni Mohammad) akan ke Putrajaya,” – sumber
Sementara itu, sumber kepada Menteri Besar Selangor turut mengesahkannya dan memaklumkan Datuk Seri Amirudin Shari akan menghadiri pertemuan terbabit.
“Menteri Besar Selangor dijemput (pertemuan dengan Perdana Menteri) dan akan hadir esok,” katanya.