JERUSALEM: Berpuluh-puluh penceroboh israel yang dikawal polis menyerbu perkarangan Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis dengan alasan bagi menyambut perayaan hanukkah.
Israeli occupation forces detain a Palestinian young woman at the Al-Aqsa Mosque compound in occupied Jerusalem. pic.twitter.com/5TshmcbLfz
— Quds News Network (@QudsNen) December 18, 2022
Masjid Al-Aqsa milik Wakaf umat Islam itu dikendalikan oleh Jordan dan pihak berkuasa yang bertanggungjawab ke atas tapak suci itu berkata, berpuluh-puluh peneroka israel menceroboh masuk ke tapak suci itu secara berkumpulan pada hari pertama perayaan yahudi, serta lebih ramai dijangka menceroboh masuk ke tempat suci itu.
Mereka berkata pihak berkuasa pendudukan israel mengenakan sekatan ketat terhadap kehadiran orang Islam di tapak suci itu bertepatan dengan pencerobohan oleh peneroka israel.
Protected by occupation forces, lsraeli settlers provocatively break into the courtyards of the al-Aqsa Mosque. pic.twitter.com/sSWNKVtmsE
— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) December 18, 2022
Kumpulan fanatik yahudi telah menyeru pengikut mereka untuk menyerbu secara beramai-ramai Masjid Al-Aqsa pada permulaan cuti hanukah.
More groups of Israeli settlers break into the Al-Aqsa Mosque compound in occupied Jerusalem right now. pic.twitter.com/brFc6iRhBo
— Quds News Network (@QudsNen) December 18, 2022
Dalam kenyataan akhbar, mereka memberi amaran mengenai gesaan oleh kumpulan yahudi, yang diketuai oleh ahli Parlimen fasis dan bakal menteri kabinet, Itamar Ben Gvir, untuk menyerbu Masjid Al-Aqsa secara besar-besaran pada permulaan cuti hanukah selama seminggu, bermula Ahad dan berterusan sehingga awal minggu hadapan. Kumpulan-kumpulan ini telah mempersiapkan diri bagi pencerobohan ini bermula minggu lepas lagi.
lsraeli occupation soldiers force female Palestinian worshippers out of the al-Aqsa Mosque to secure passage for the lsraeli settlers who have stormed into the courtyards since morning. pic.twitter.com/yAM8USAxa9
— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) December 18, 2022
Jawatankuasa itu menekankan bahawa kumpulan pelampau cuba mengeksploitasi iklim politik di israel dengan menumpukan program bagi mengubah status quo selama beberapa dekad serta mengubah peraturan baru yang membolehkan mereka secara rasmi melakukan ritual terbuka yahudi dan rancangan awal untuk membahagikan Masjid Al-Aqsa antara orang Islam dan yahudi.
Mereka menganggap kerajaan israel bertanggungjawab ke atas kesan serius yang akan terhasil daripada pencerobohan ini. Perkara ini menyebabkan kumpulan pelampau mengenakan program serta rancangan mereka dalam melanggar kesucian Masjid dan identiti Islamnya.
BACA JUGA
Gadis Palestin korban terbaharu tentera israel laknatullah
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik :
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini