DomestikSemasa

Tanah runtuh: KPDN tawar bantuan sukarelawan, makanan kepada pasukan penyelamat

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menawarkan bantuan sukarelawan dan makanan kepada pasukan penyelamat yang terlibat dalam mencari dan menyelamat mangsa kejadian tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Fathers Organic Farm, Gohtong Jaya, Batang Kali awal pagi tadi.

“Bantuan diberikan serta-merta bagi membantu kelancaran operasi pasukan penyelamat mencari dan menyelamat mangsa yang masih belum ditemui,“kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub kepada pemberita selepas merasmikan Ops Terjah KPDN di sini hari ini.

Maklumat awal pihak polis menyebut terdapat 100 orang berada di tapak perkhemahan itu yang berkemungkinan menjadi mangsa runtuhan.

Berdasarkan laporan sehingga 11 pagi, 60 orang dilaporkan selamat manakala 9 mangsa terkorban dalam insiden itu.

Ketika ini operasi mencari dan menyelamat mangsa sedang giat dilakukan oleh pasukan penyelamat.

“Kita berdoa semoga pasukan penyelamat akan dapat menjalankan tugas mereka dan mudah-mudahan mereka yang terperangkap akan dapat diselamatkan”, kata Salahuddin. – BERNAMA

BACA JUGA
Tanah Runtuh: PM mohon rakyat Malaysia bersatu hati berdoa

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button