PalestinSemasa
Trending

Gadis Palestin korban terbaharu tentera israel laknatullah

Jana Zakarneh, 16, ditembak 7 das tembakan ketika berdiri di atas bumbung rumahnya

TEBING BARAT: Tentera israel laknatullah telah membunuh seorang gadis Palestin berusia 16 tahun semasa serbuan ke atas bandar Jenin di Tebing Barat.

Kementerian kesihatan Palestin mengenal pasti mangsa sebagai Jana Majdi Zakarneh dan mengumumkan pembunuhannya sejurus selepas tengah malam pada Isnin.

Jana sedang berdiri di atas bumbung rumahnya apabila dia ditembak mati, menurut media tempatan. Sumber Kementerian berkata arwah ditembak di kepala.

Sekurang-kurangnya dua lagi rakyat Palestin cedera akibat tembakan israel semasa serbuan itu.

Pasukan khas israel menyerbu Jenin dan kem pelariannya pada kira-kira jam 10 malam (waktu tempatan) pada Ahad dan melakukan tangkapan. Konfrontasi dengan pemuda Palestin dan pertempuran dengan pejuang Palestin tercetus ketika itu.

Tentera israel dalam satu kenyataan menyatakan mereka sedar tentang dakwaan pembunuhan seorang gadis Palestin dan sedang meneliti perkara itu.

Atta Abu Rmeileh, seorang pegawai tempatan di Jenin, mengumumkan mogok dan perarakan pengebumian telah diadakan di Jenin pada Isnin sebagai tanda berkabung selepas pembunuhan kejam serta zalim gadis yang ternyata tidak berdosa itu.

Jana adalah salah seorang daripada lebih 50 kanak-kanak Palestin yang dibunuh oleh israel setakat tahun ini di wilayah yang dicerobohi israel di Tebing Barat, Baitulmaqdis Timur dan Semenanjung Gaza. Arwah juga salah seorang daripada lebih 215 rakyat Palestin yang terbunuh secara keseluruhan pada 2022, termasuk 17 wanita.

BACA JUGA
Pemuda Palestin bangkit, tidak gentar serangan zionis israel

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

Klik:
www.tabunggaza.com

ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini

https://t.me/MapimMalaysia

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button