KerohanianSemasa

Lebih 7 pasangan raikan cinta di Perkahwinan Perdana 3.0

Majlis Perkahwinan anjuran Masjid Al-Hasanah telah berlangsung pada Sabtu

BANGI: Perkahwinan Perdana 3.0 yang dianjurkan oleh Masjid Al-Hasanah telah berlangsung pada Sabtu, 10 Disember 2022 di Masjid Al-Hasanah.

Program ini mendapat sambutan yang sangat meriah dan disertai oleh lebih daripada tujuh pasangan pengantin. 

Menurut salah seorang daripada pasangan yang baru sahaja di ijab kabulkan semalam, Nur Shaniza, 25, dia berharap program berkahwin secara beramai-ramai seperti ini diadakan pada masa akan datang kerana dapat memberikan suasana yang lebih meriah dan seronok.

“Saya sangat gembira dan teruja program seperti ini dianjurkan di sini kerana dapat membantu menjimatkan kos serta memudahkan lagi urusan pengantin-pengantin serta keluarga,” kata salah seorang bapa kepada pengantin, Rosman Muhamad Ali, 60. 

Ramai saudara-mara dan rakan-rakan kepada pasangan-pasangan pengantin datang bagi memeriahkan dan meraikan pengantin yang baru sahaja di ijab kabulkan.

Program perkhawinan perdana ini akan terus diadakan pada masa akan datang bagi membantu mereka yang memerlukan di luar sana untuk menghalalkan pasangan masing-masing.

Related Articles

Back to top button