KesihatanSemasa

Sunathon 2.0 jadi tumpuan di Karnival Perkampungan Ummah

Program berkhatan beramai-ramai telah berlangsung di Masjid Al-Hasanah

BANGI: Program Sunathon 2.0 menjadi tumpuan pengunjung yang datang di Karnival Perkampungan Ummah sempena 22 tahun, Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi hari ini.

Program Sunathon 2.0 ini dianjurkan oleh Masjid Al-Hasanah dan disertai oleh kira-kira lebih 106 orang peserta.

Menurut Penyelaras Program Sunathon 2.0, Mohamad Johaary Abdul Hamid, program ini merupakan salah satu inisiatif bagi membantu golongan-golongan asnaf dan B40 untuk menanggung kos berkhatan. 

“Program sunathon berkhatan secara beramai-ramai seperti ini dapat mengurangkan rasa takut kepada anak-anak yang ingin berkhatan. Saya berharap agar program seperti ini akan diadakan lagi pada masa akan datang,” kata Syed Shaiful Amri, 37, salah seorang bapa kepada peserta. 

Menurut salah seorang peserta di program Sunathon 2.0 pula, dia berasa sangat gembira dan teruja kerana dapat berkhatan secara beramai-ramai bersama kawan-kawan.

Program Sunathon 2.0 ini mendapat sambungan sangat memberangsangkan oleh masyarakat dan akan diadakan lagi pada masa akan datang.

Related Articles

Back to top button