SEMENANJUNG GAZA: Pesawat perang israel telah menyerang beberapa kawasan di Semenanjung Gaza selepas roket digugurkan di sebelah selatan. Ketika ini ketegangan semakin meruncing di Tebing Barat, dimana 10 rakyat Palestin telah dibunuh oleh tentera israel sejak minggu lalu.
Tentera israel berkata, serangan udara pada awal pagi Ahad kononnya menyasarkan kemudahan pembuatan senjata dan terowong bawah tanah milik Hamas, menurut agensi berita Associated Press (AP).
Footage documenting the lsraeli airstrikes on Gaza Strip tonight. pic.twitter.com/xXHEMBebwD
— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) December 4, 2022
“Serangan semalaman itu diteruskan bagi menghalang pembentukan pasukan musuh”, kata tentera israel merujuk kononnya mereka sedang menyerang Hamas, lapor AP. Hakikatnya, israel membedil tanpa sebab munasabah hanya untuk menakut-nakutkan penduduk di sekitar Gaza.
Further scenes for the lsraeli airstrikes which targeted several sites in Gaza Strip last night. pic.twitter.com/U6rHY0PyZs
— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) December 4, 2022
Namun, bom itu dilaporkan mendarat di kawasan lapang tanpa menyebabkan sebarang korban jiwa atau kerosakan harta benda.
Serangan udara ke atas Gaza berlaku susulan kebangkitan kemarahan terhadap tembakan di jarak dekat seorang pemuda Palestin, Ammar Mufleh, 23, oleh seorang askar israel pada siang Jumaat, yang dirakam video.
Rakaman mengerikan itu tular di seluruh dunia telah mencetuskan kemarahan yang meluas di kalangan rakyat Palestin malah dunia menggesa penentangan terhadap pencerobohan israel.
Kementerian Luar Palestin mengutuk pembunuhan Mufleh sebagai sama dengan hukuman mati, dan aktivis Palestin serta pengguna media sosial menggunakan hashtag ‘Huwara Execution’ dalam bahasa Arab, menyeru tindak balas terhadap jenayah tentera israel.
Times of Gaza melaporkan sepanjang tahun ini pasukan penceroboh israel telah membunuh 216 rakyat Palestin.
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik:
www.tabunggaza.com
ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016