
TEBING BARAT: Seorang pemuda Palestin berusia 23 tahun yang disahkan identiti sebagai Ammar Mufleh ditembak ‘point blank‘ sebentar tadi oleh tentera penceroboh israel dan kemudiannya dibiarkan tanpa rawatan.
Kejadian yang berlaku pada Jumaat di bandar Huwara, Nablus bahagian utara Tebing Barat itu turut dikongsi oleh rakyat Malaysia yang tinggal di Gaza, Nadir Al-Nuri melalui akaun facebook rasminya.
“Kalau merasa sesak, alihkan matamu seketika melihat nasib saudaramu di Palestin. Moga engkau akan bangkit & terus berjuang,” tulis Nadir untuk tatapan pengikutnya.
Media Palestin, Times of Gaza turut memuatnaik detik-detik pemuda Palestin itu ditembak bertubi-tubi tanpa belas kasihan. Tiada laporan lanjut dinyatakan tentang punca pemuda itu diperlakukan dengan kejam sedemikian.
A closer video for the lsraeli soldier who shot a Palestinian man from black-point range in Huwara, south of Nablus city. pic.twitter.com/iMJUrtXIAV
— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) December 2, 2022
Malah, pasukan pendudukan israel dilihat menghalang bantuan paramedik yang datang dalam usaha memberikan rawatan awal kepada pemuda Palestin yang jelas menjadi mangsa kezaliman dan tidak berperikemanusiaan tentera penceroboh.
lsraeli occupation forces prevent Palestinian paramedics from attending to a Palestinian man who was shot by the lsraeli occupation forces in Huwara, south of Nablus. pic.twitter.com/NeexIwGAjg
— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) December 2, 2022
BACA JUGA
Pemuda Palestin bangkit, tidak gentar serangan zionis israel
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik:
www.tabunggaza.com
ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini