HULU SELANGOR: Seramai 10 ahli keluarga termasuk 6 kanak-kanak berdepan detik cemas apabila terperangkap dalam insiden kepala air di Air Terjun Sungai Pinang, Batang Kali pada Isnin.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis, ketika dihubungi berkata kesemua mangsa yang berusia lingkungan 6 hingga 63 tahun itu diselamatkan pada 8:21 malam selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4:36 petang.
Keadaan semasa Operasi Menyelamat Mangsa terperangkap insiden kepala air di Air Terjun Sungai Pinang Batang Kali. Semua mangsa telah berjaya diselamatkan pada jam 2021. pic.twitter.com/czJ2fddHWO
— Bomba Selangor (@selangor_bomba) November 28, 2022
Beliau berkata 7 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikerah ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan itu.
Semua mangsa berasal dari Sungai Buloh.
Norazam turut mengingatkan pengunjung tempat rekreasi supaya sentiasa peka dan mengenalpasti tanda awal kepala air termasuk perubahan warna air sungai, banyak sampah sarap, ranting, dahan atau batu yang hanyut secara tiba-tiba.
“Orang ramai perlu peka & mengenal pasti tanda awal kepala air termasuk perubahan warna air sungai, banyak sampah sarap, ranting, dahan atau batu hanyut secara tiba-tiba”
YS PKPjB @NorazamKhamis
Pengarah, JBPM Negeri Selangor#BombaSelangor #DemiPertiwi https://t.co/HBZnhQmHxx— Bomba Selangor (@selangor_bomba) November 28, 2022
BACA JUGA
Aktivis MAPIM bertindak segera bantu ummah di Bangi Lama