InspirasiSemasa

Muhammad Danish Rayqal dianugerah Pingat Hang Tuah

Selamatkan adik dalam kebakaran semasa insiden Jun lalu

KUALA LUMPUR: Pelajar tahun 2, Sekolah Kebangsaan Taman Kampung Melayu di Kluang, Johor, Muhammad Danish Rayqal Mohd Firdaus yang menyelamatkan dua adiknya dalam insiden kebakaran pada 29 Jun lepas dianugerahkan Pingat Hang Tuah.

Anugerah itu disampaikan isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada sambutan Hari Kanak-Kanak Kebangsaan Tahun 2022 anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sini hari ini.

Menurut JKM, Muhammad Danish Rayqal menyelamatkan dua adiknya iaitu Muhamad Darish Rizqe, 6 dan Nurdiya Delisha, 4, dengan mengendong mereka ke ruang dapur rumah sambil meminta tolong.

Penganugerahan itu bagi mengiktiraf kanak-kanak yang menunjukkan keberanian dalam membantu menyelamatkan nyawa manusia, harta benda atau tindakan dengan elemen keberanian dan luar biasa sewaktu kecemasan, bencana, kemalangan atau darurat.

Menurut JKM, Muhammad Danish Rayqal menyelamatkan dua adiknya iaitu Muhamad Darish Rizqe, 6, dan Nurdiya Delisha, 4, dengan mengendong mereka ke ruang dapur rumah sambil meminta tolong.

“Tak tahu nak buat apa-apa tetapi pergi ke belakang (rumah) minta tolong orang…jiran tolong,” kata Muhammad Danish Rayqal , 8 tahun, yang gembira menerima anugerah itu.

Tiga kanak-kanak itu kemudian berjaya diselamatkan jiran mereka.

Muhammad Danish Rayqal ketika ditemui berkata dia tidak ingat sepenuhnya kejadian itu namun gembira kerana berjaya menyelamatkan adik-adiknya. – BERNAMA

BACA JUGA
(Dr) Ahmad Sani Araby terima anugerah Selempang Khalifah Ulung

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button