DuniaSemasa

Banjir besar melanda Jeddah!

JEDDAH: Hujan lebat yang turun di bandar yang terletak kira-kira 86.8 kilometer dari tanah suci Makkah pada Khamis mengakibatkan banjir besar melanda. 

Media Arab Saudi melaporkan sekurang-kurangnya 2 maut, manakala beberapa lagi dapat diselamatkan setelah kenderaan mereka ditenggelami banjir terburuk dalam tempoh 13 tahun. 

Menurut Pusat Meteorologi Kebangsaan (NCM), jumlah hujan yang direkodkan di Jeddah dari 8 pagi hingga 2 petang Khamis melebihi jumlah yang direkodkan pada 2009, iaitu mencecah 179 mm dalam tempoh enam jam.

Jabatan Perbandaran Jeddah mengerahkan sejumlah 2,564 pekerja, dilengkapi kira-kira 960 jentera, untuk mengeluarkan air  dari jalan raya bagi membolehkan pergerakan trafik disambung semula.

Kerajaan juga terpaksa menutup sekolah dan jalan menuju ke Mekah susulan banjir besar yang berlaku. Malah, hujan dan banjir yang berlaku juga membuatkan jadual penerbangan di wilayah itu tergendala.

“Sekolah juga ditutup di bandar Rabigh dan Khulais berdekatan “untuk menjaga keselamatan pelajar lelaki dan perempuan”, ujar Agensi Akhbar Saudi (SPA).

Trafik penerbangan dan kenderaan terganggu selama beberapa jam kerana laluan utama serta jalan raya ditenggelami air. Beberapa penerbangan tertunda di Lapangan Terbang Antarabangsa King Abdulaziz (KAIA) manakala Lebuhraya Haramain dan beberapa jalan utama lain ditutup selama beberapa jam.

Jabatan Perbandaran Jeddah dan NCM mengumumkan keadaan berjaga-jaga dan menggesa penduduk supaya berhati-hati dan tidak keluar dalam cuaca hujan.

Kebanyakan penduduk terpaksa tinggal di dalam rumah kerana mereka melihat paras air meningkat secara berterusan di persekitaran rumah mereka manakala kebanyakan jalan ditenggelami air.


 

MAPIM MALAYSIA DALAM SIAP SIAGA UNTUK MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR

Bersama kami membantu mangsa yang terkesan akibat banjir besar di Jeddah melalui sumbangan infaq menerusi

TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
Akaun Maybank 562263540066

atau layari www.bantuummah.com

HOTLINE MAPIM MALAYSIA

Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

 

Related Articles

Back to top button