
KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di Johor dan Melaka pagi ini kekal seperti malam tadi manakala Selangor merekodkan penurunan, namun jumlah mangsa di Perak menunjukkan peningkatan.
Di JOHOR, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) memaklumkan jumlah mangsa banjir kekal 62 orang daripada 18 keluarga yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di 2 daerah iaitu Tangkak dan Segamat
Di MELAKA, menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka, jumlah mangsa di Daerah Alor Gajah kekal dengan 11 orang daripada empat keluarga dari Kampung Pulau dan Kampung Belimbing yang masih berada di PPS Dewan Pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri Durian Tunggal.
Di SELANGOR, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri melaporkan jumlah mangsa banjir berkurang kepada 391 orang berbanding 400 orang malam tadi, dan kesemua mereka ditempatkan di 9 PPS iaitu 4 di Kuala Selangor dan 5 di Kuala Langat.

Di PERAK, mangsa banjir di negeri itu meningkat kepada 780 orang daripada 222 keluarga yang berlindung di sembilan PPS.
Selain itu, beberapa jalan di Daerah Kerian dan Perak Tengah sudah boleh dilalui semua kenderaan ringan. – BERNAMA
MAPIM MALAYSIA DALAM SIAP SIAGA UNTUK MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR
Bersama kami membantu mangsa yang terkesan akibat banjir melalui sumbangan infaq menerusi
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
Akaun Maybank 562263540066
atau layari www.bantuummah.com
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038
BACA JUGA
Aktivis MAPIM bertindak segera bantu ummah di Bangi Lama