SemasaSukan

Piala Dunia 2022: Kemunculan aktor Morgan Freeman dikritik peminat

DOHA: Penampilan istimewa pelakon veteran Amerika Syarikat, Morgan Freeman, 85, dikecam kerana muncul pada upacara perasmian Piala Dunia FIFA di Qatar.

Beliau membuat persembahan di pentas bersama Duta Rasmi Piala Dunia 2022, Ghanim Al-Muftah pada Ahad dalam pembukaan yang berlangsung meriah di Stadium Al Bayt, Qatar.

Namun begitu, Piala Dunia tahun ini terlibat dalam kontroversi kerana tuduhan yang dilemparkan terhadap negara tuan rumahnya, Qatar dan kebimbangan kepada pencabulan hak asasi manusia di sana.

Ini kerana, nasib pekerja asing yang membantu membina infrastruktur Qatar telah kerap ditonjolkan secara negatif menjelang kejohanan itu.

Ramai selebriti antarabangsa antaranya Dua Lipa dan Shakira enggan membuat persembahan pada kejohanan tahun ini untuk menunjukkan sokongan mereka terhadap pencabulan hak asasi manusia di Qatar.

Namun, apa yang menarik pada persembahan Ghanim dan Morgan Freeman yang diberikan nama The Calling adalah pada mesej keamanan & turut menekankan isu kemanusiaan serta saling hormat-menghormati.

Ghanim Al-Muftah, 20, turut mengalunkan potongan ayat suci Al-Quran, Surah Al-Hujurat, ayat 13.

“Wahai manusia! Sesungguhnya, kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa.”

Ghanim dilahirkan pada 5 Mei 2002 dengan penyakit dikenali Caudal Regression Syndrome (CDS), lahir tanpa bahagian bawah badan.

CDS adalah gangguan yang mengganggu perkembangan bahagian bawah badan. Kawasan yang terjejas antaranya termasuk bahagian bawah belakang dan kaki, saluran genitouriner serta saluran pencernaan.

Walaupun dilihat tidak sempurna pada fizikalnya, Ghanim adalah seorang yang sentiasa positif dalam mengharungi liku hidup dan sosoknya menjadi idola ramai.

BACA JUGA
Negara membangun paling ramai guna buruh kanak-kanak

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button