KUALA LUMPUR: Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir di Terengganu dan Pahang sekiranya hujan yang signifikan terus berlaku di lembangan Sungai Besut dan Sungai Rompin.
JPS, dalam kenyataan dikeluarkan setakat 11 malam tadi, memaklumkan ia berdasarkan hasil simulasi model ramalan banjir jabatan itu susulan Amaran Hujan Berterusan (Buruk) oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada jam 2:10 petang Khamis.
Menurut JPS, terdapat risiko berlakunya banjir mulai jam 1 pagi Jumaat di kawasan sekitar Sekolah Kebangsaan Seri Payung di daerah Besut, Terengganu dan jam 5 petang di kawasan sekitar Kampung Buluh Nipis di daerah Rompin, Pahang.
Terdahulu, notis sama turut dikeluarkan melibatkan daerah Besut di Kampung La, Kampung Seberang La, Kampung Pengkalan Nangka dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bukit Puteri, manakala daerah Setiu di Kampung Nyatoh dan Kampung Che Mohid, yang dijangka mengalami banjir pada jam 5 pagi Jumaat.
Ramalan sama turut dijangka berlaku pada jam 7 pagi Jumaat di daerah Rompin, Pahang melibatkan Sungai Anak Endau di Rumah Pam Setajam.
Kelantan pula melibatkan daerah Pasir Mas di Kampung Kubang Rambutan, Kampung Bagus, Kampung Degung dan Kampung Telaga Mas. yang dijangka berlaku banjir pada jam 2 petang Jumaat.
Jabatan itu memaklumkan notis kesiapsiagaan itu dikeluarkan bagi membolehkan semua penduduk terutamanya di kawasan yang berisiko untuk berwaspada dengan sebarang kemungkinan berlakunya banjir kilat bagi tempoh tersebut.
“Sila patuhi arahan pihak berkuasa atau agensi-agensi pengurusan bencana banjir,” demikian menurut JPS.
Orang ramai boleh melayari laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook @PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir untuk maklumat lanjut dari semasa ke semasa. – BERNAMA
MAPIM MALAYSIA DALAM SIAP SIAGA UNTUK MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR
Bersama kami membantu mangsa yang terkesan akibat banjir melalui sumbangan infaq menerusiAkaun Maybank562263540066TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
atau layari www.bantuummah.com
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038