
SHARM: Agensi Makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (WFP-PBB) menyeru pemimpin dunia menggembleng seluruh sumber dan dana untuk menyelamatkan jutaan penduduk dunia yang terjerumus ke kancah masalah kritikal kebuluran akibat kejutan perubahan iklim.
Menurut Pengarah Eksekutif Program Makanan Sedunia (WFP-PBB) , David Beasley, terdapat sekurang-kurangnya 345 juta individu menuju ke arah kebuluran kerana konflik dan kejutan iklim.
Yes, we can solve hunger. If we invest in resilience, I have no doubt that nations around the world will reap dividends in peace, hope & opportunity.
As I explained at @KState’s Landon Lecture Series, the private sector is fundamental to success. Let’s get it done! pic.twitter.com/zhJFD4qt57
— David Beasley (@WFPChief) November 4, 2022
Beliau menambah, tindakan penyelesaian dan dana diperlukan segera untuk mengelakkan penghijrahan besar-besaran dan ketidakstabilan negara yang terdedah kepada perubahan iklim.
“Harapan saya daripada The 2022 United Nations Climate Change Conference COP27 ini adalah pemimpin di seluruh dunia bukan sahaja akan bercakap tetapi ambil tindakan, kerana kita mempunyai berjuta-juta orang yang menghadapi masalah serius sekarang kerana kejutan iklim di seluruh dunia.”
“Jika kita mempunyai tindakan segera, dana dan sumber yang diperlukan, kita boleh menghentikan penghijrahan daripada berlaku dan ketidakstabilan negara. Tetapi para pemimpin perlu mengambil tindakan dan mereka perlu mengambil tindakan dengan pantas,” jelas Beasley.


Sementara itu, beliau menyentuh mengenai perang Rusia di Ukraine yang telah memburukkan lagi krisis kemanusiaan kerana kedua-dua negara merupakan pengeluar utama bijirin di dunia.
Beasley menjelaskan, beliau tidak kisah sama ada terdapat pihak cenderung menyokong atau membenci dengan Rusia tetapi ramai yang memerlukan bijirin dan baja.
Ketiadaan bijiran berpotensi menyebabkan penduduk di seluruh dunia mati kelaparan.
The #PakistanFloods alone more than doubled the number of people needing emergency food assistance there this year.
As world leaders gather at #COP27, WFP calls on them to meet their commitments to communities on the frontlines of the climate crisis.
— World Food Programme (@WFP) November 5, 2022
MAPIM Malaysia menjemput sahabat peduli Ummah untuk sama menjayakan Misi Bantuan Kemanusiaan Syria. Justeru berikut bantuan terdesak yg diperlukan:
– RM250 bantuan selimut
– RM600 saham wakaf rumah pelarian
– RM500 bantuan ubat-ubatan
– RM250 bantuan food pack 1 bulan
– RM250 bantuan alat pemanas
– RM500 wakaf saham bina sekolah #40
– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM
____
2 CARA MENYUMBANG
KE DANA BANTUAN KECEMASAN
MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)
_____
1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):
INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com
ATAU
2. Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987