ALEPPO: Seorang wanita terbunuh dan suami serta anak-anaknya cedera selepas kediaman sementara mereka di kem pemindahan ‘Al-Rahma Kuwait’ menjadi sasaran dalam serangan peluru berpandu.
Kem pemindahan Kuwait Al-Rahma di kawasan luar bandar Afrin telah dibom pada awal pagi Sabtu oleh ‘kawasan yang dikawal oleh pasukan rejim dan Pasukan Demokratik Syria’, jelas Pertahanan Awam Syria, yang lebih dikenali sebagai White Helmets, lapor The New Arab.
Menurut White Helmets lagi, anak mereka yang paling bongsu kini dalam keadaan kritikal selepas serangan itu sementara dua lagi mengalami tekanan psikologi yang teruk selepas melihat ibu mereka terbunuh di depan mata.
Scenes from our team’s response to the attack on Kuwait al-Rahma camp near Afrin, north of #Aleppo, #Syria. The attack resulted in death of a woman and the injury of her child and her husband. Two of her children suffered psychological trauma. pic.twitter.com/bqkkjnT91y
— The White Helmets (@SyriaCivilDef) October 29, 2022
“Keadaan menjadi panik di kem itu dan beberapa keluarga telah dipindahkan kerana sasaran tertumpu secara langsung pada kem berkenaan dan berulang-ulang dalam satu tempoh yang sama,” tambah mereka.
Scenes show the teams’ response to the attack carried out by the regime forces and Russia today, where two cars were targeted with heat-guided missiles at the eastern entrance to the city of Darat Izza, west of #Aleppo, resulting in four injuries. #WhiteHelmets pic.twitter.com/osYOP1OZiA
— The White Helmets (@SyriaCivilDef) October 28, 2022
Kem Kuwait al-Rahma didiami oleh kira-kira 290 keluarga yang terpaksa melarikan diri daripada tembakan oleh rejim dan tentera sekutu Rusia dan telah menjadi sasaran serangan selama lebih setahun. Kem itu telah dibedil sebanyak 5 kali pada bulan ini sahaja, menurut White Helmets.
Terdapat hampir 1,500 kem di utara Syria yang didiami oleh kira-kira 1.5 juta orang pelarian yang meninggalkan rumah mereka sepanjang perang saudara Syria selama sedekad.
Lebih daripada 500,000 orang telah mati akibat perang dan lebih separuh daripada penduduk negara itu telah kehilangan tempat tinggal.
MAPIM Malaysia menjemput sahabat peduli Ummah untuk sama menjayakan Misi Bantuan Kemanusiaan Syria. Justeru berikut bantuan terdesak yg diperlukan:
– RM250 bantuan selimut
– RM600 saham wakaf rumah pelarian
– RM500 bantuan ubat-ubatan
– RM250 bantuan food pack 1 bulan
– RM250 bantuan alat pemanas
– RM500 wakaf saham bina sekolah #40
– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM
____
2 CARA MENYUMBANG
KE DANA BANTUAN KECEMASAN
MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)
_____
1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):
INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com
ATAU
2. Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987