Oleh: Noorielyana – Wartawan Pelatih Ummah Today
HEBRON: Pemuda Palestin yang mempertahankan diri dengan menembak seorang lelaki israel di pusat pemeriksaan bandar Hebron, Tebing Barat telah dibunuh oleh pasukan keselamatan israel, menurut laporan perubatan dan media tempatan.
Kejadian tembakan di pusat pemeriksaan berhampiran penempatan Kiryat Arba, di mana sekumpulan peneroka haram israel berhaluan kanan kebanyakannya tinggal, berlaku beberapa hari sebelum Israel mengadakan pilihan raya ke-5 dalam tempoh kurang empat tahun dan ketika keganasan meningkat di Tebing Barat yang diduduki.
Akhbar israel Haaretz melaporkan mangsa terbunuh, Ronen Hanania berusia 49 tahun manakala media Palestin melaporkan Mohammad Al-Jaabari, seorang penduduk Hebron berusia 35 tahun, dibunuh dalam kejadian rempuhan kereta dan tembakan kejam bertubi-tubi itu.
مشاهد من عملية الخليل التي نفذها محمد الجعبري وأدت لمقتل مستوطن وإصابة آخرين بجروح خطيرة. pic.twitter.com/fI6LQfwnDs
— غزة الحدث الإخبارية (@24newspal) October 29, 2022
Perkhidmatan respons kecemasan Magen David Adom (MDA) israel pada mulanya melaporkan lima orang tercedera, termasuk seorang lelaki israel berusia 49 tahun yang tidak sedarkan diri dengan kecederaan di bahagian atas badannya.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah Jerusalem memberitahu agensi berita AFP bahawa lelaki itu kemudiannya meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami.
Penduduk israel yang lain mengalami kecederaan yang biasa, kata MDA. Manakala, seorang lelaki Palestin, yang turut cedera dalam tembakan itu, sedang dirawat di hospital kawasan Hebron.
Tentera israel menuduh dengan berkata “seorang pengganas menembak secara langsung” berhampiran pusat pemeriksaan di Hebron, sebuah bandar Tebing Barat yang diduduki di mana komuniti penduduk Yahudi tinggal.
Hakikatnya Mohammad Al-Jaabari, adalah hanya seorang guru yang mengajar pengajian agama Islam di sekolah rendah di Hebron.
Sekurang-kurangnya tiga rakyat Palestin, termasuk saudara lelaki Al-Jaabari, telah ditangkap di Hebron, menurut agensi berita Maan.
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik :
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini