Oleh : Noorielyana – Wartawan Pelatih Ummah Today
JAKARTA: Orang ramai di seluruh Indonesia memberi penghormatan kepada Steven Indra Wibowo, yang meninggal dunia di usia 41 tahun pada hari Jumaat 14 Oktober 2022.
Beliau telah membantu lebih 60 ribu orang memeluk Islam dan menyerahkan hampir semua hartanya untuk kebajikan.
Steven berasal dari keluarga Katolik berketurunan Cina di Jogjakarta. Beliau telah memeluk Islam pada usia 19 tahun. Bapanya mengusir daripada rumah dan tidak mewarisi beliau kerana tindakannya memeluk Islam.
Sepanjang dekad berikutnya, beliau mendedikasikan diri dengan melakukan kerja-kerja kemanusiaan dan membantu orang yang baru memeluk Islam.
Pusat sokongan Islam baharunya yang ditubuhkan pada 2003, membantu lebih 63,000 orang memeluk Islam dalam tempoh 15 tahun.
Bagi semua kerja kemanusiaannya, Steven dinamakan ‘Pemimpin Perubahan’.
Semasa pandemik Covid-19, beliau telah menjual kereta dan hartanya bagi membiayai kerja kemanusiaan beliau.
Menurut beliau, wang adalah amanah dari Allah dan beliau percaya akan ada hikmah yang baik bagi mereka yang bersedekah.
Semoga Allah menerima segala amal soleh beliau.