BanjirSemasa

Mangsa banjir di Melaka terus meningkat

250 mangsa banjir dilaporkan setakat 8 pagi ini

MELAKA: Mangsa banjir di Melaka meningkat kepada 250 orang membabitkan 66 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 179 orang daripada 53 keluarga, 8 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam kenyataan memaklumkan, seramai 193 mangsa ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Alor Gajah manakala 57 mangsa masih berlindung di sebuah PPS di Melaka Tengah.

Menurut kenyataan itu, antara kawasan terjejas banjir di Alor Gajah adalah Kampung Tanjong Rimau, Kampung Gadek, Pengkalan, Taman Sri Bayu 2, Kampung Panchor dan Kampung Beringin manakala di Melaka Tengah membabitkan Kampung Lanjut Manis.


MAPIM MALAYSIA DALAM SIAP SIAGA UNTUK MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR

Bersama kami membantu mangsa banjir melalui sumbangan infaq menerusi

Akaun Maybank

562263540066

TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

atau layari www.bantuummah.com

HOTLINE MAPIM MALAYSIA

Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button