Jadi insan bersyukur, elak perasaan tamak
Oleh : Khai – Wartawan Pelatih Ummah Today
Adakah anda sering merungut setiap hari kerana tidak puas hati tentang apa yang anda miliki?
Ini merujuk kepada sifat tamak iaitu ingin memiliki sesuatu tanpa rasa tidak cukup dan sentiasa mengambil hak orang lain dan seumpamanya.
Orang yang bersifat tamak ini akan bertindak rakus dan mengikut hawa nafsu tanpa berfikir perkara itu halal atau haram.
Ini dapat mencetuskan perasaan benci, pergaduhan dan perselisihan faham antara sesama umat Islam.
Manusia kini lebih mengejar kekayaan dan kemewahan di mana perkara ini dapat merosakkan hati dan meracuni akal fikiran demi mendapatkan rezeki yang tidak halal atau syubhah.
Kesan menjadi orang tamak ini menjadikan sesorang hatinya keras dan tidak berasa salah apabila melakukan dosa.
Kita boleh hapuskan sifat tamak dengan terapkan diri dengan sifat syukur kerana sifat syukur mempunyai kelebihannya.
Sifat syukur dapat mengelakkan kita terjerumus membuat perkara yang berdosa dan membolehkan seseorang mendapat pahala besar.
Firman Allah SWT: “Dan (sebaliknya) Allah memberi balasan pahala kepada orang yang bersyukur (dengan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya).” (Ali-Imran: 144)
Banyak kelebihan orang yang bersyukur termasuk nikmat usia, harta benda, kesihatan dan kebahagiaan hidup.
Orang yang tamak ini amat rugi dan akan merasa tidak cukup kerana mudah dihasut oleh syaitan.
Justeru, kita perlu jadi hamba yang bersyukur kerana segala nikmat datangnya dari Allah SWT dan gunakan kurniaan-Nya pada jalan yang diredai-Nya.
Kita perlu pupuk sifat syukur dalam diri agar terhindar daripada sifat kufur dan tamak terhadap nikmat diberi.