GAZA: Sekumpulan pasukan penceroboh israel telah menahan 11 orang Palestin termasuk wanita & kanak-kanak malam tadi, lapor Times of Gaza.
The lsraeli occupation forces detained 11 Palestinians last night, including a woman and her daughter. pic.twitter.com/PpdULy8Ezs
— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) October 23, 2022
Penahanan ini berkemungkinan adalah sebahagian daripada serbuan Israel di Tebing Barat dalam kod operasi yang diberi nama ‘Operation Breaking the Wave’.
Lebih 120 rakyat Palestin telah terbunuh tahun ini oleh tentera israel, jumlah korban paling banyak di Tebing Barat yang diduduki selama hampir 7 tahun, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Tentera israel menuduh kebanyakan rakyat Palestin yang terbunuh semasa serbuan adalah pejuang bersenjata.
Tetapi pemuda yang memprotes pencerobohan israel dan orang lain yang tidak terlibat dalam konfrontasi juga dengan nyata telah dibunuh secara kejam. Pada Sabtu, tentera israel membunuh Rabi Arafah Rabi, 32, di pusat pemeriksaan di tenggara bandar Qalqilya. Kementerian kesihatan Palestin melaporkan Rabi telah terkena ‘peluru di kepala’.
With a bullet in the head, the lsraeli occupation forces take the life of the Palestinian young man Rabi Arafah (32) at a military checkpoint near Qalqilya. pic.twitter.com/J0xtnkucsQ
— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) October 22, 2022
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan. Saudara seagama kita sedang menderita di bumi mereka sendiri, jika bukan kita, siapa lagi yang dapat membantu mereka?
Klik :
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini