PalestinSemasa

Beberapa penduduk Palestin cedera akibat serangan israel di Hebron

Oleh : Noorielyana – Wartawan Pelatih Ummah Today

HEBRON :  Menurut wartawan WAFA, beberapa penduduk Palestin mengalami kecederaan dalam serangan israel di bandar Hebron pada petang Isnin. 

Beliau berkata bahawa sekumpulan penduduk israel yang bersenjata, menyerang rakyat Palestin di kawasan kejiranan Tal Rumeida dan Jalan Ash-Shuhada dengan membaling batu dan botol kosong serta menyembur semburan lada ke muka rakyat Palestin. Hal ini telah menyebabkan beberapa orang mati lemas. 

Kesemua mereka yang cedera telah menerima rawatan di tempat kejadian.

Kejiranan Palestin terletak di kawasan yang dikuasai israel di bandar lama, yang dikenali sebagai H2, di mana beberapa ratus penduduk Yahudi tinggal. Israel telah menyekat pergerakan dan aktiviti penduduk Palestin di kawasan H2 dan membenarkan penduduk israel bergerak bebas.

Bandar Hebron, yang menempatkan Masjid Ibrahimi, adalah rumah kepada kira-kira 160,000 Muslim Palestin dan 800 penduduk israel yang dikawal ketat oleh tentera israel. 

Israel telah mengusir satu-satunya pemantau antarabangsa yang melindungi rakyat Palestin Hebron daripada gangguan 800 penduduk israel yang dibantu pihak keselamatan israel. 

MASA UNTUK BERTINDAK!

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin  sangat diperlukan.

Klik :

http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini

https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button