BanjirSemasa

Fenomena air pasang besar dijangka berlaku di sekitar Kuala Kedah esok

Waktu jangkaan air pasang besar itu berlaku antara jam 2:28 pagi

ALOR SETAR: Fenomena air pasang besar dijangka berlaku di sekitar Kuala Kedah awal pagi esok sehingga mencecah ketinggian 2.9 meter.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Setar, Kapten (PA) Norlizawati Ismail berkata, waktu jangkaan air pasang besar itu berlaku antara sekitar jam 2:28 pagi Khamis.

Jelas beliau, antara lokasi yang akan terjejas adalah Jeti Kuala Kedah, Kampung Seberang Kota, Kota Marina dan Jalan Tok Pasai.

Sehubungan itu penduduk di sekitar kawasan berkenaan diminta mengambil langkah berjaga-jaga termasuk bersedia untuk berpindah sekiranya kediaman mereka dinaiki air.

“Berikutan itu, anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Kota Setar akan melakukan pemantauan di kawasan terjejas bagi memastikan penduduk dalam keadaan selamat,” nasihat beliau.

Kredit foto FB APM Daerah SIK
Kredit foto FB APM Negeri Kedah

APM Kedah pada hari ini juga telah mengadakan satu Simulasi Kesiapsiagaan bagi menghadapi fasa peralihan Monsun Timur Laut kawasan berisiko bencana melibatkan zon selatan antaranya Sik, Kulim, Baling, Kuala Muda & Bandar Baharu.

Dua daerah iaitu Baling dan Kulim akan menjadi lokasi yang akan diberikan perhatian khusus atau ‘hostspot‘ sebagai persiapan menghadapi banjir akibat Monsun Timur Laut, pertengahan November depan.

Pengarah APM Negeri Kedah, Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub berkata, dua kawasan berkenaan telah dikategorikan sebagai kawasan berisiko berdasarkan trend banjir pada musim Monsun Timur Laut sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button