Semasa

Tips mengenali ‘scammer’ & langkah elak menjadi mangsa penipuan

Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today

Sejak kebelakangan ini boleh dikatakan setiap minggu rakyat Malaysia dihidangkan dengan berita mangsa penipuan atas talian. Ada sahaja kes mangsa penipuan melalui panggilan telepon, ada juga terkena melalui taktik pautan palsu.

Ini sudah pasti menimbulkan kebimbangan dalam masyarakat sekiranya mereka akan menjadi mangsa seterusnya sehingga boleh mengakibatkan wang ringgit yang disimpan hilang.

Jadi dalam penulisan ini Ummah Today akan berkongsikan perkara yang perlu anda tahu mengenai penipuan dalam talian & cara untuk elak menjadi mangsa.

Sumber gambar – ODISI

Lindungi maklumat peribadi

Sekiranya anda tidak mahu menjadi mangsa penipuan, jangan pernah kongsi maklumat peribadi anda pada orang lain. Hal ini termasuklah maklumat sensitif seperti nombor kad pengenalan, nombor PIN, kata laluan dan nombor TAC.

Dengan terdedahnya maklumat peribadi ini secara tidak langsung membuatkan scammer mudah untuk mengakses akaun bank anda.

Selain itu, jangan mudah percaya dengan mana-mana organisasi secara atas talian. Semak terlebih dahulu kewujudan organisasi yang ingin anda berurusan. Pastikan benar wujud sebelum membuat sebarang transaksi atau mendaftar dalam mana-mana website atas talian.

Kemudian, sentiasa semak laman web dan pautan rasmi yang anda layari. Elakkan klik pada pautan atau buka lampiran e-mel daripada sumber yang tidak diketahui dengan kandungan yang menggunakan ejaan atau tatabahasa yang salah. Untuk lebih selamat, pastikan peranti mudah alih anda sentiasa dikemas kini dengan sistem operasi terkini.

Sumber gambar – ODISI

Cara mengenalpasti scammer

Ada banyak cara suspek mendekati mangsa. Antaranya adalah melalui panggilan telefon. Suspek akan hubungi anda dan menyamar sebagai individu daripada organisasi yang anda kenali. Mereka akan cuba memperdaya anda dengan masalah ataupun hadiah. Contohnya, ada pegawai hubungi anda lalu mendakwa bahawa anda perlu membayar penalti. Mereka juga akan paksa anda bertindak segera untuk membayar wang dalam cara tertentu. Yang penting, anda jangan panik dan putuskan panggilan itu.

Ini perkara yang perlu anda lakukan sekiranya menjadi mangsa scam

Jika anda sedar bahawa anda telah jadi mangsa scam, sila laporkannya pada bank secepat mungkin tentang kejadian itu. Minta bank nyahaktifkan atau bekukan kad anda untuk sementara waktu, sehinggalah anda dapat butiran kad atau log masuk baharu.

Scammer kini sangat sofistikated dan terlatih dalam memperdayakan mangsa. Pastikan anda sentiasa peka dengan taktik scam dan berhati-hati apabila berurusan dengan individu atau mesej yang mencurigakan.

Related Articles

Back to top button