DuniaSemasa

Helikopter terhempas, 6 tentera Pakistan maut

Pihak berkuasa Pakistan tidak menyatakan punca nahas helikopter tersebut

ISLAMABAD: Enam anggota tentera Pakistan terbunuh dalam insiden helikopter terhempas di barat daya Pakistan pada Ahad.


Menurut kenyataan tentera, helikopter tersebut terhempas berhampiran Khost yang merupakan sebuah pekan kecil di wilayah Balochistan yang bersempadan dengan Afghanistan dan Iran.

“Sebuah helikopter yang melakukan penerbangan terhempas malam semalam. Enam anggota tentera termasuk dua juruterbang maut,” jelas kenyataan itu.

Setakat ini, pihak berkuasa Pakistan tidak menyatakan punca nahas membabitkan helikopter tersebut.

Kredit foto Abdul Majeed/AFP

Pada awal bulan lalu, enam tentera negara ini termasuk pegawai tertinggi terbunuh apabila helikopter mereka terhempas ketika melakukan misi bantuan banjir di Balochistan.

Untuk rekod, helikopter tentera telah digerakkan sejak sebulan lalu bagi melaksanakan misi menyelamatkan ratusan penduduk dan pelancong yang panik akibat banjir, malah sesetengah daripada mereka memerlukan bantuan perubatan dengan segera.


Negara Pakistan telah lumpuh & kerajaannya merayu sumbangan dunia.

Marilah kita bersama-sama membantu dengan cara menyumbang, menerusi

Akaun Maybank :
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263540066

atau layari laman web:
www.rayuanPakistan.com

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm)
atau whatapps 012-800-2016

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button