Tiga beradik antara 20 rakyat Palestin ditahan Israel

Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today
RAMALLAH: Tentera Israel menahan sekurang-kurangnya 20 rakyat Palestin dalam serbuan semalaman di seluruh wilayah yang diduduki termasuk tiga orang adik beradik.
Menurut saksi, ketika serbuan rejim Zionis di bandar Jenin di utara Tebing Barat, pihak Israel telah menahan tiga beradik keluarga Kastoni, seorang daripada mereka cedera dalam pertempuran bersama tentera.
Seorang wanita muda antara yang tercedera terkena serpihan besi di kepala. Namun, wanita tersebut dilaporkan stabil.
Tentera Israel turut menahan dua bersaudara dari bandar Yabad, dekat Jenin, di pusat pemeriksaan tentera berhampiran Nablus.
Di Nablus juga pihak tentera telah menahan seorang wartawan Mohammad Abu Lafah, 30, di rumahnya. Seorang lagi ditahan dari kampung Jamaeen, berhampiran Nablus.
Persatuan Tahanan Palestin melaporkan bahawa dengan penahanan Abu Lafah, Israel kini telah menahan 17 orang wartawan Palestin.
Ini termasuk Lama Ghousheh dari Baitulmaqdis Timur yang ditahan di rumah Sheikh Jarrah pada hari Rabu dan menghadapi tuduhan menemu bual pejuang kemerdekaan yang dibebaskan.
Israeli occupation forces arrested Palestinian journalist Yassin Abu Lafah from his home in Nablus, bringing the total number of journalists detained in the occupation prisons to 17 pic.twitter.com/66rEbu5NM6
— PALESTINE ONLINE 🇵🇸 (@OnlinePalEng) September 12, 2022
Ghousheh dijangka hadir ke mahkamah pada pagi ini (Selasa), buat kali ketiga sejak ditahan.
Di Ramallah, askar menahan seorang dari kem pelarian Jalazon, utara Ramallah, dan seorang lagi dari kem pelarian Amari. Dua lagi ditahan semasa serbuan di rumah mereka di kem pelarian Qalandia, selatan Ramallah.
Di Hebron di selatan Tebing Barat, tentera menahan lima rakyat Palestin.
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia