Semasa

“Program Mobile Clinic MAIWP-MAPIM ini buat saya lebih dekat dengan masyarakat”

Meskipun umurnya sudah melebihi 60 tahun, namun beliau tetap terus berkhidmat sebagai doktor merawat pesakit.

Beliau adalah Dr. Shahrizan Mohd Shah, 61, salah seorang doktor sukarelawan untuk Mobile Clinic anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bersama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).

Sepanjang 36 tahun berkhidmat sebagai seorang doktor, sudah banyak perit getir dan pengalaman yang beliau lalui.

Antaranya adalah bencana tsunami di Aceh pada Disember 2004. Ia menjadi memori yang tidak boleh dilupakan sepanjang menceburi karier kedoktoran ini, lebih-lebih lagi menjadi satu-satunya doktor wanita yang merawat mangsa-mangsa bencana.

“Masa tu, doktor perempuan memang tak ramai, jadi saya seorang sahajalah masa tu, kebanyakan mangsa adalah wanita, jadi mereka memerlukan doktor perempuan untuk merawat mangsa-mangsa tersebut.

“Walaupun saya perlu merawat ratusan mangsa seorang diri, tambahan lagi waktu itu adalah bulan Ramadan, ia tetap tidak mematahkan semangat saya untuk terus berjuang menyelamatkan nyawa,” ceritanya.

Sekarang ini, Dr Shahrizan menjadi doktor sukarelawan dalam program Mobile Clinic MAIWP-MAPIM bagi membantu memeriksa kesihatan mereka yang memerlukan khususnya golongan asnaf yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Baginya, berjumpa dengan golongan ibu tunggal, anak yatim, orang kurang upaya (OKU) membuatnya lebih dekat dengan masyarakat.

“Zaman sekarang ini, depresi dan masalah kesihatan mental sudah menjadi perkara biasa, jadi apabila saya berjumpa dengan golongan seperti mereka ini, kebanyakan daripada mereka nampaknya memerlukan tempat untuk meluah perasaan serta berkongsi masalah.

“Oleh itu, saya rasa bersyukur sangat apabila menerima tawaran MAPIM bagi menjadi doktor sukarelawan ini, ia buat saya dekat dengan masyarakat, kita pun dapat membantu ukirkan senyuman kepada mereka apabila kita berikan motivasi.” katanya.

Pada mulanya, beliau merasakan akan sertai program ini untuk tempoh yang tidak tetap, namun sebaliknya ia seolah-olah sudah menjadi kerja tetap setiap minggu.

Walaupun sudah bersara pada tahun 2016 atas faktor kesihatan, sebaik sahaja menerima tawaran ini, Dr Shahrizan tidak melepaskan peluang keemasan ini kerana semangat untuk membantu ummah terus terpahat dalam hatinya.

“Saya rasa program sebegini memang sangat bagus dan patut diteruskan kerana dari sini kita dapat berjumpa banyak pesakit tidak mengira golongan, kita bantu bukan sahaja dari segi fizikal, namun kepentingan kesihatan mental masyarakat juga tidak diabaikan.

“Tambahan pula ia pemeriksaan, ubat-ubatan adalah percuma sahaja, jadi dalam masa yang sama ia sangat membantu mereka yang tidak berkemampuan.

رُوِيَ، مَنْ اَدْخَلَ عَلَى مُؤْمِنٍ سُرُوْرًا، خَلَقَ اللهُ مِنْ ذَلِكَ السُرُوْرِ سَبْعِيْنَ اَلْفَ مَلَكٍ، يَسْتَغْفِرُوْنَ لَهُ اِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang membahagiakan orang lain, Allah Ta’ala menciptakan 70,000 malaikat yang ditugaskan meminta ampunan baginya sampai Hari Kiamat kerana telah membahagiakan orang lain.”

Untuk rekod, seramai 24 pengunjung telah mendapatkan pemeriksaan kesihatan percuma ini oleh dua orang doktor yang bertugas serta dibantu oleh sembilan orang sukarelawan melancarkan lagi gerak kerja program ini.

Mereka yang berkesempatan boleh singgah bagi mendapatkan perkhidmatan Mobile Clinic MAIWP-MAPIM di Karnival Kids Jamboree yang diadakan di Menara Ken, TTDI selama tiga hari bermula semalam sehingga esok.


JOM REBUT PELUANG CERIAKAN SI CILIK TERSAYANG DENGAN HADIR BERAMAI-RAMAI KE OMAR HANA KIDS JAMBOREE ANJURAN MYAQSADEFENDER

Pelbagai aktiviti menarik menanti semua adik-adik!

Turut diadakan satu showcase amal khas – ” KITA ADALAH SATU” menampilkan artis-artis peduli Ummah Tanah Air seperti Khai Bahar, Heliza & Hazwani Helmi, Dr Fitri Haris, Kumpulan Inteam dan ramai lagi

Jom bersama keluarga ke program ini bertempat di Menara Ken,TTDI

Terhad 3 hari sahaja
9,10&11 September 2022

Beli Tiket dan berpeluang untuk menangi pelbagai hadiah cabutan bertuah sekarang!

layari pautan dibawah untuk online ticketing

https://kliksini.my/PembelaAQSA

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button