InspirasiSemasa

Warga emas 90 tahun ini berjaya tawan Gunung Kinabalu

Maka benarlah bagai dikata, umur bukanlah penghalang selepas warga emas ini berjaya sampai ke puncak Gunung Kinabalu walaupun sudah berusia 90 tahun.

Satu video yang dimuat naik di aplikasi TikTok @iceeminn123 menunjukkan saat kejayaan warga emas itu ketika sampai di puncak tertinggi negara sambil dipimpin seorang pendaki lain.

@iceeminn123

#mtkinabalu 05/09/2022…omulok Poh 90tahun nogi kadauh.. inasapan tii… apa pon tahniah…new record utk pendaki tertua d gng Kinabalu setekat ini..😉

♬ bunyi asal – iceeminn123 – iceeminn123

Menurutnya, warga emas kelahiran Papar, Sabah itu merupakan pendaki tertua berjaya sampai ke puncak Gunung Kinabalu.

“5 September 2022, Poh, 90 tahun. Apa-apa pun tahniah, rekod terbaharu bagi pendaki tertua yang berjaya sampai ke puncak Gunung Kinabalu setakat ini,” menurut hantaran tersebut.

Difahamkan, warga emas itu, Buatin Balangong, merupakan seorang yang aktif dan menurut anak buahnya menerusi ruangan komen di Facebook, beliau sering berlatih naik bukit bersama anak-anak.

Pencapaian warga emas itu telah menarik perhatian warganet dan rata-rata mereka membanjiri ruangan komen dengan meluahkan rasa kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh warga emas itu.

Mereka turut berasa kagum dengan stamina tinggi yang ada pada warga emas itu kerana bukan mudah untuk berada pada tahap itu.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button