DuniaSemasa

Ahli sihir Rusia, Zhanna Kushnir akui sukar sihir golongan Muslim yang jaga solat

Walaupun kita sudah hidup di zaman yang moden serta teknologi bergerak pantas setiap hari, amalan sihir, santau atau menuntut ilmu bercanggah ajaran Islam masih diamalkan segelintir masyarakat.

Terkini, seorang penyihir Rusia, Zhanna Kushnir menerusi satu wawancara mengakui bahawa orang Islam yang menjaga solat sukar untuk disihir.

Dalam video berkenaan yang tular di laman Twitter, dia beranggapan bahawa orang Islam sentiasa menunaikan solat wajib setiap hari, justeru amat sukar untuk mempengaruhi mereka berbanding penganut agama lain.

“Sangat susah untuk saya mempengaruhi orang Islam walaupun saya sudah berhadapan dengan orang daripada pelbagai jenis agama. Mereka sentiasa berada dalam kubah pelindung kerana mereka diwajibkan beribadah setiap hari.

“Sangat susah untuk sihir menembusi mereka. Orang Islam sentiasa berdoa kepada Pencipta mereka. Orang Islam memiliki iman dan hubungan yang kuat dengan Pencipta mereka. Pencipta mereka juga sangat protektif,” katanya.

Tambahnya lagi, dia merasai kaedah yang digunakannya tidak berkesan kerana seolah-olah ada kuasa misteri akan muncul sebagai penghalang ketika mencuba untuk menyihir orang Islam.

“Jadi usaha untuk menyerang Muslim yang taat pada agamanya adalah sangat sukar untuk dilakukan kerana mereka sentiasa berada dalam sejenis ‘kubah pelindung’ dan sangat sukar untuk menyusup masuk (melalui sihir) ke dalam diri mereka,” ujarnya.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button