BanjirSemasa

Pakistan akan mengambil masa bertahun-tahun untuk pulih

Negara itu kini dalam usaha menyelamat dan bantuan kemudian disusuli dengan usaha pemulihan

KUALA LUMPUR: Pakistan akan mengambil masa bertahun-tahun untuk pulih dan agak mustahil mangsa banjir dapat kembali ke rutin harian mereka buat masa ini.

Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia, Amna Baloch berkata jutaan rakyat Pakistan telah kehilangan tempat tinggal akibat banjir dan beribu-ribu telah mati.

Beliau berkata kerajaan Pakistan telah melancarkan rayuan global untuk bantuan serta sokongan yang dilihat mula datang, termasuk dari Malaysia.

Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia, Amna Baloch sewaktu ditemubual Ummah Today pada Sabtu di Kedutaan Tinggi Pakistan, Jalan Ampang

“Pada masa ini kita sedang menjalankan usaha menyelamat dan bantuan. Ini akan disusuli dengan usaha pemulihan.” jelas beliau kepada Ummah Today pada Sabtu.

Keadaan terkini di Pakistan memperlihatkan tiada lagi daratan kering untuk mengepam keluar air banjir. Lebih satu pertiga Pakistan telah tenggelam.

“Sungguh melegakan melihat orang di Malaysia menghulurkan tangan untuk membantu rakyat Pakistan di sana. Ia menjadi bukti hubungan persaudaraan yang kita ada.” kata Pesuruhjaya Tinggi itu.

Antara terawal menggerakkan sokongan dari Malaysia adalah Team Advance MAPIM Malaysia yang diketuai oleh PPJ Bersekutu (PA) Tuan Zulhanis Zainol (Setiausaha Agung MAPIM Malaysia) bersama Mejar Bersekutu (PA) Azari Aziz (Ketua MAPIM Rangers) bersama sukarelawan MAPIM Malaysia telah tiba di lokasi Karakoram, Pakistan untuk kerja bantuan awal sebelum penghantaran Misi Bantuan Kecemasan Pakistan yang dijadualkan beberapa hari lagi.

Pakistan sedang menerima kehadiran ramai sukarelawan di sana untuk memberikan bantuan dan kumpulan seterusnya akan pasti menyusul tidak lama lagi.

Dalam jangka panjang, Negara menyasarkan untuk membantu memulihkan sekolah dan hospital tetapi pada masa ini, penyediaan keperluan seperti makanan serta tempat tinggal adalah penting.” jelas Amna Baloch berkongsi visi & harapan untuk pemulihan Pakistan mengakhiri temubual.


Negara Pakistan telah lumpuh & kerajaannya merayu sumbangan dunia.

Marilah kita bersama-sama membantu dengan cara menyumbang, menerusi

Akaun Maybank :
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263540066

atau layari laman web:
www.rayuanPakistan.com

MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm)
atau whatapps 012-800-2016

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button