VIDEO: A Pakistani army helicopter conducts a rescue operation to evacuate flood victims in the lower Kohistan district of Khyber Pakhtunkhwa province, as the death toll from this year’s monsoon has passes 1,000 pic.twitter.com/lxbYtY45TI
— AFP News Agency (@AFP) August 29, 2022
KOHISTAN: Seorang lelaki yang terjatuh dalam sungai di Pakistan berjaya diselamatkan menggunakan helikopter milik tentera pada Ahad.
Rakaman video menunjukkan anggota tentera menggunakan tali bagi menyelamatkan mangsa yang berpaut pada bongkah batu di Kohistan.
Difahamkan, daerah Kohistan di sebelah wilayah Khyber Pakhtunkhwa adalah antara paling teruk terjejas akibat banjir disebabkan hujan lebat ketika musim tengkujuh yang melanda negara itu ketika ini.
Di media sosial, netizen di sana menganggap bantuan menggunakan helikopter digerakkan untuk membantu mangsa selepas satu insiden kematian 5 beradik lelaki yang terkandas tanpa bantuan menyebabkan kesemua mereka lemas.
For 5 hours, these 5 brothers were trapped in a flood stream in Kohistan, KP. Locals made several requests to authorities to send a helicopter to evacuate them, but all of their requests were ignored. They all died. One can’t imagine what their family is going through right now. pic.twitter.com/A8rO52cYVa
— Dr. Nauman Ul Haq (@naumanuhk) August 26, 2022
Namun begitu, pada hari ini, agensi berita BBC melaporkan bahawa insiden lemas tidak berlaku & 5 beradik lelaki berkenaan hanya terkandas.
The case of 5 brothers waiting for 5 hours for helicopter turns out to be a incorrectly portrayed according to the #BBCURDU. https://t.co/U3tSBp3XXz#Kohistan #FloodsInPakistan#FloodinPakistan #KPKflood #SindhFlood2022 #balochistanfloods pic.twitter.com/UaoNgRJ01c
— Hameer Gopang (@HameerGopang) August 28, 2022
Banjir sejak pertengahan Jun lalu telah menjejas lebih 33 juta orang dan meragut lebih 1,000 nyawa.
Pakistan telah merayu kepada masyarakat antarabangsa untuk tampil membantu negara itu yang ditimpa bencana banjir.
Setakat ini beberapa negara telah menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada negara itu termasuk Azerbaijan, Turkiye, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu.