Semasa

Jalan TAR akan ditutup setiap Ahad

KUALA LUMPUR: Penutupan Jalan Tuanku Abdul Rahman (TAR) akan dilaksanakan setiap Ahad kepada kenderaan bagi mewujudkan kawasan pejalan kaki di tengah bandar bermula esok.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan memaklumkan konsep bebas kenderaan itu selari dengan hasrat menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar raya rendah karbon.

Kenyataan itu turut menjelaskan bahawa laluan dari persimpangan Jalan Esfahan ke Jalan Melayu juga akan ditutup bagi tujuan tersebut.

Foto sumber KLCCC DBKLto

“Pengunjung dinasihatkan menggunakan pengangkutan awam bagi mengelak kesesakan lalu lintas sekiranya ingin ke Jalan TAR dan sekitarnya”, menurut kenyataan tersebut.

Dalam pada itu, DBKL turut telah merancang pelbagai pengisian program untuk dilaksanakan sepanjang penutupan jalan tersebut.

Antaranya ialah persembahan muzik jalanan (buskers), persembahan seni kreatif, seni kraftangan dan sukan tradisional seperti dam haji.

Tambah kenyataan itu, lokasi sekitar Jalan TAR juga akan dihiasi dengan hiasan perabot jalanan dan fasiliti serta ruang untuk pengunjung bersantai, berehat dan mengambil gambar.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button