Pemain catur Lubnan tolak berdepan lawan Israel sebagai tanda solidariti
Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today
ABU DHABI: Seorang pemain catur remaja Lubnan telah menarik diri daripada festival catur antarabangsa di Emiriah Arab Bersatu bagi mengelak bermain menentang lawan dari Israel, lapor Middle East Monitor.
Nadia Fawaz enggan menentang pemain Israel Elijah Grosman dalam pusingan keempat Festival Catur Antarabangsa Abu Dhabi ke-28 selepas memenangi perlawanannya menentang Wafa Yacoub dari Brunei, Ziad Saleh ABdali dari Arab Saudi dan Wafia Darwish Al-Maamari dari UAE.
The two heroes who will be remembered well on the right side of history
The two Lebanese players Charbel Abu Daher and Nadia Fawaz preferred to withdraw from international championships in UAE over normalization with isr*eli apartheid and recognition of it in sports. pic.twitter.com/e6MV8ItX79
— Sara Rey (@SaraReyi) August 23, 2022
Berdasarkan kenyataan yang dibuat ketua Persekutuan Catur Lubnan, Khaled Bdeih, Fawaz membuat keputusan itu sebagai tindakan solidariti dengan rakyat Palestin yang tertindas.
Dia juga merasakan keperluan untuk mengkritik negara-negara Arab yang menormalkan hubungan mereka dengan Israel.
Lebanese chess player “#Nadia_Fawaz” withdraws from the International Chess Championship due to the participation of an Israeli player.#Lebanon pic.twitter.com/LclTwvDYeK
— خالد اسكيف (@khalediskef) August 25, 2022
Israel dituduh menggunakan kehadiran mereka dalam acara sukan dan kebudayaan antarabangsa sebagai cara ‘sportswashing’ dalam pelanggaran hak asasi manusia.
Selain dituduh oleh kumpulan hak asasi manusia antarabangsa Amnesty International, Human Rights Watch, dan B’Tselem mengenakan sistem apartheid ke atas rakyat Palestin, Israel diketahui menghina undang-undang antarabangsa.
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia