Mahkamah Agung Israel kekal menolak rayuan membebaskan Khalil Awawdeh
Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today
Mahkamah Agung Israel telah memutuskan untuk menolak rayuan bagi membebaskan seorang tahanan Palestin yang melakukan mogok lapar selama beberapa bulan bagi membantah penahannya tanpa tuduhan.
Khalil Awawdeh,40, memprotes tentera Israel yang mempenjarakannya tanpa pertuduhan atau perbicaraan. Yang mana penahanannya disebut Israel sebagai ‘Penahanan Pentadbiran’.
Menurut keluarga Khalil, dia telah menjalankan mogok lapar selama 170 hari, dimana dia meneruskan hidup dengan meminum air.
Gambar Awawdeh yang diambil oleh peguamnya pada hari Sabtu menunjukkan dia kelihatan lemah dan terbaring di atas katil hospital .
“Mahkamah Agung secara efektif hanya memberikan Awawdeh hukuman mati,” kata Diana Buttu, seorang peguam Palestin dan bekas perunding.
Mahkamah pada Ahad menolak rayuan peguam , Ahlam Haddad, menggesa Awawdeh dibebaskan segera kerana keadaan kesihatannya yang gagal.
Tentera Israel menangkap Awawdeh pada Disember 2021, mendakwa dia adalah salah seorang ejen untuk kumpulan bersenjata Jihad Islam Palestin – dakwaan ini disangkal oleh peguamnya.
Awawdeh merupakan salah seorang daripada beberapa tahanan Palestin yang telah melakukan mogok lapar berpanjangan untuk menentang dasar penahanan tanpa perbicaraan Israel.
Israel mendakwa dasar itu, yang digunakan semasa Mandat British untuk Palestin, membenarkan kerajaan menahan “suspek berbahaya” tanpa mendedahkan perisikan sensitif.
Pemerhati undang-undang berkata Mahkamah Agung Israel bukanlah sebuah badan yang adil, tetapi sebahagian daripada rangkaian proses kehakiman, politik dan ketenteraan Israel untuk menundukkan dan menyekat sebarang penentangan terhadap pendudukan.
Israel kini menahan kira-kira 4,400 tahanan Palestin, 670 daripadanya ditahan dalam tahanan pentadbiran, jumlah itu melonjak pada Mac ketika Israel memulakan serbuan tangkapan hampir setiap malam di Tebing Barat yang diduduki.
Keluarga Awawdeh berkata dia tidak makan makanan sejak Mac, ketika dia mula mogok lapar. Minggu lalu, peguamnya berkata keadaannya semakin merosot dan memfailkan petisyen ke Mahkamah Agung Israel selepas mahkamah tentera Israel menolak permintaan untuk membebaskannya.
Memandangkan keadaan Awawdeh, tentera Israel telah menggantung penahanan pentadbirannya semasa dia dimasukkan ke hospital, membenarkan keluarganya melawat.
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia