PUTRAJAYA : Kementerian Kewangan hari ini memperkenalkan logo rasmi Belanjawan 2021.
Menteri Kewangan Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam satu kenyataannya petang tadi berkata, logo ini mempunyai gabungan tiga elemen, dengan warna ungu sebagai warna utama, corak batik dan Jalur Gemilang, serta huruf dan angka bercirikan moden, profesional dan ringkas.
Katanya rasional pemilihan logo boleh diketahui orang ramai di pautanĀ belanjawan2021.treasury.gov.my
Belanjawan 2021 mempunyai tiga matlamat utama yang bertujuan untuk melindungi, memulih dan menjamin Kesejahteraan Rakyat.
Manakala matlamat keduanya Kelangsungan Perniagaan dan ketiga, Ketahanan Ekonomi.
Belanjawan 2021 bakal dibentangkan pada 6 November ini oleh Menteri Kewangan.
————————————————————————————————————————————————
Dapatkan berita dan isu-isu semasa berkaitan Ummah dalam dan luar negara secara terus menerusi Channel Rasmi Telegram Ummah Today dengan klik pautan berikut :