PalestinSemasa

Mengenang 100 hari pembunuhan Shireen Abu Akleh

Oleh Khairulanwar Dahlan – Wartawan Pelatih Ummah Today

KUALA LUMPUR: 18 Ogos menandakan 100 hari sejak wartawan veteral Aljazeera, Shireen Abu Akleh telah dibunuh oleh tentera Israel ketika bertugas di Jenin di Tebing Barat Gaza.

Wartawan TV Palestin-Amerika berusia 51 tahun itu memakai jaket pelindung yang bertanda ‘PRESS’ berdiri bersama wartawan lain ketika ditembak mati oleh penembak tepat Israel.

Aljazeera menyifatkan kematian Abu Akleh sebagai ‘pembunuhan secara terang-terangan’ yang melanggar ‘undang-undang dan norma antarabangsa’.

Selain itu, pembunuhan tersebut juga dikatakan sebagai ‘The cold-blooded assassination‘ atau pembunuhan berdarah dingin.

Rangkaian tersebut telah menugaskan pasukan undang-undang untuk menuntut pembunuhan Shireen dengan mendakwa Israel di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) di The Hague.

Kematian Abu Akleh adalah yang terbaru dalam kalangan wartawan yang dibunuh oleh tentera Israel. Jika dilihat kepada sejarah terdapat beberapa pembunuhan lain tentera Israel menyasarkan wartawan dan ahli media.

Sekurang-kurangnya 45 orang wartawan telah dibunuh oleh tentera Israel sejak tahun 2000, berdasarkan kepada Kementerian Penerangan Palestin.

Kesatuan Wartawan Palestin meletakkan angkata kematian lebih tinggi iaitu 55 orang telah terbunuh.

Beberapa universiti, institusi dan organisasi telah menamakan anugerah, biasiswa dan peringatan sempena nama wartawan terbunuh Shireen Abu Akleh.

Ketua Biro Al Jazeera Kuala Lumpur, Samer Allawi berkata pembunuhan wartawan Shireen Abu Akleh oleh rejim Zionis ibarat membunuh wartawan seluruh dunia.

“Solidariti ini bukan sahaja untuk Shireen malah ia juga solidariti untuk semua rakyat Palestin yang terkorban,

“Dalam tempoh 100 hari pemergian Shireen lebih 100 rakyat Palestin turut terkorban.”

Mengulas lanjut, Samer menggesa solidariti ini tidak terhenti di sini dan semoga perjuangan membebaskan rakyat Palestin diteruskan.

Pada masa sama jurucakap Kementerian Luar Negeri, berkata Malaysia menyahut solidariti memperjuangkan kebebasan Palestin dan mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman Israel.


MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

Related Articles

Back to top button