Arab Saudi benarkan kanak-kanak semua peringkat umur masuk Masjidil Haram
MEKAH : Kanak-kanak dari semua peringkat umur kini dibenarkan untuk masuk ke Masjidil Haram di Mekah, menurut Kementerian Haji dan Umrah.
Kementerian tersebut dalam satu ciapan di akaun rasmi Twitter memaklumkan ibu bapa kini boleh membawa anak-anak bersama mereka ke Masjidil Haram.
Menurut ciapan tersebut, kanak-kanak berusia lebih lima tahun, mereka mesti mempunyai permit yang dikhaskan untuk mereka melalui permohonan Eatmarna.
Manakala ibu bapa yang mahu membawa anak di bawah usia lima tahun, mereka boleh masuk ke Masjidil Haram tanpa perlu mendapatkan permit masuk.
Umrah pilgrims are allowed to bring their children 🕋#Makkah_and_Madinah_Eagerly_Await_You pic.twitter.com/nCf9r8t5zM
— Ministry of Hajj and Umrah (@MoHU_En) August 13, 2022
Dalam pada itu, kementerian itu juga mengesahkan jemaah hanya dibenarkan berada di dalam raudah selama 10 minit di dalam Masjid Nabawi Madinah.
Arab Saudi kini juga membenarkan pemegang semua jenis visa dan mereka yang datang dari mana-mana negara untuk tujuan pelancongan, bagi menunaikan umrah sepanjang berada di Arab Saudi.
Pemegang visa untuk melawat ahli keluarga dan lain-lain juga boleh menunaikan umrah dengan membuat janji temu melalui aplikasi Eatmarna atau menghantar permohonan ke Unified National Visa Platform.
The Ministry of Hajj and Umrah (@MoHU_En) confirmed that the period of stay allowed to spend inside the Rawdah Sharif at the Prophet’s Mosque in #Madinah is only 10 minutes.https://t.co/68rytHnoQS
— Saudi Gazette (@Saudi_Gazette) August 13, 2022