DuniaSemasa

Arab Saudi batal skim umrah tuan rumah mulai tahun ini

Dibatalkan dan berkemungkinan tidak akan dilaksanakan lagi

RIYADH : Arab Saudi telah membatalkan skim ‘Umrah Hos’ atau umrah tuan rumah yang membolehkan warganegara Arab Saudi dan ekspatriat membawa masuk serta menjadi tuan rumah kepada tiga hingga lima jemaah asing untuk menunaikan umrah.

Jurucakap Kementerian Haji dan Umrah, Hisham Bin Saeed menjelaskan, projek itu telah dibatalkan dan tidak akan dilaksanakan lagi.

Pihak kementerian itu mula melaksanakan projek tersebut sejak tiga tahun lalu.

Foto sumber BANDAR AL-DANDANI / AFP

Di bawah skim itu, seorang rakyat Arab Saudi boleh menjadi tuan rumah kepada mana-mana orang Islam dari luar negara tersebut manakala ekspatriat boleh menjadi tuan rumah kepada saudara-mara terdekat (aras pertama) mereka untuk menunaikan ibadah umrah.

Kementerian akan mengeluarkan visa kepada warganegara berdasarkan daftar sivil mereka manakala warga asing melalui permit pemastautin (iqama).

Skim itu memerlukan rakyat dan penduduk di sana untuk menjaga serta melayani  tetamu mereka yang dihoskan untuk menunaikan umrah sehingga hari kepulangan mereka, malah tetamu boleh datang lagi dalam tempoh tiga kali setahun.

Foto sumber samudera dot my

Kementerian Haji dan Umrah mengumumkan sebelum ini bahawa ia telah membatalkan visa tuan rumah umrah sambil menyatakan bahawa ia akan mengumumkan melalui saluran rasminya jika terdapat sebarang perkembangan terbaharu tentang skim ini.

– sumber dari portal Saudi Gazette

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button