DuniaSemasa

Umat Islam perlu pertahankan solidariti ummah, elak provokasi Islamofobia – PM

Konsep Keluarga Malaysia mampu disempurnakan ulama & Ilmuwan Islam, dengan kesatuan berlandaskan Islam.

PETALING: “Titik penyelesaian perlu dicari, umat Islam di seluruh dunia mesti bersolidariti & komited  mempertahankan kesucian agama Islam.” tegas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika merasmikan Persidangan Ulama’ Asia Tenggara 2022 di Subang Jaya pada Khamis.

Persidangan itu turut dihadiri Setiausaha Agung Liga Dunia Islam, Syeikh Dr. Muhammad bin Abdul Karim Al-Issa, dan Menteri Hal Ehwal Agama di Pejabat Perdana Menteri Malaysia, Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad bersama 44 pemimpin serta tokoh agama dari 17 negara.

Jelas Perdana Menteri dalam ucapannya, solidariti ummah perlu dipertahankan agar umat Islam di seluruh dunia tidak termakan dengan provokasi pihak tertentu sehingga mencetuskan Islamofobia.

Kredit foto FB Idris Ahmad

Persidangan ini diadakan ketika umat Islam masih berdepan dengan pelbagai cabaran termasuk pertikaian sesama sendiri, provokasi pihak tertentu dan Islamophobia atau pandangan prejudis terhadap Islam.

Ujar Perdana Menteri, mengambil kira pendekatan Keluarga Malaysia, konsep Tasamuh iaitu sikap menerima dan damai terhadap sebarang keadaan dihadapi turut ditekankan dalam kalangan rakyat berbilang kaum serta agama.

Kredit foto FB Idris Ahmad

“Ini kerana konsep Tasamuh turut mengutamakan nilai kebersamaan, selaras dengan konsep Keluarga Malaysia yang mampu menjadikan masyarakat di negara ini menghargai dan memahami nilai perbezaan.

“Tasamuh mampu menjadi alat untuk menyatupadukan warga Islam dan dunia, seharusnya konsep ini diterapkan dalam kalangan negara yang mempunyai bangsa & budaya majmuk serta diperluaskan sehingga ke peringkat dunia,” katanya lagi.
Setiausaha Agung Liga Dunia Islam, Syeikh Dr. Muhammad bin Abdul Karim Al-Issa

Setiausaha Agung Liga Dunia Islam, Syeikh Dr. Muhammad bin Abdul Karim Al-Issa menegaskan bahawa persidangan itu mencapai beberapa matlamat, yang paling penting adalah memperhalusi visi bertamadun yang akan menggariskan nilai-nilai kesederhanaan dalam masyarakat, menyumbang kepada mempertingkat persaudaraan dan kerjasama antara negara serta rakyat dalam usaha untuk menyebarkan kesedaran tentang konsep perpaduan, keamanan, keharmonian dalam kalangan pemimpin, pemikir dan pempengaruh dalam masyarakat manusia amnya serta belia khususnya.

Tambah Syeikh Dr. Muhammad lagi,  usaha kerajaan Islam ini akan mengekang fahaman yang melampau dan ekstremis, yang telah memburukkan imej Islam yang sebenar. Hasil positif dari persidangan ini akan menyumbang kepada penyebaran nilai-nilai keadilan, toleransi, persaudaraan dan pemikiran sederhana.

Kredit foto FB Idris Ahmad
Kredit foto FB Idris Ahmad
Kredit foto FB Idris Ahmad

Para peserta dalam persidangan ini akan berusaha mencari kesedaran dan cara pendidikan bagi menghadapi ideologi ekstremis, menggantikan perbezaan antara masyarakat pelbagai politik kepada kerjasama dan perpaduan, disamping merangka program praktikal, inisiatif serta cadangan bagi memastikan kemampanan keberkesanan mesej persidangan ini.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button