DuniaSemasa

Lebih 150,000 jemaah haji dari serata negara kini berada di Madinah

MADINAH: Setakat kelmarin, lebih 150,000 jemaah dari serata negara dunia telah selamat tiba di Madinah melalui penerbangan dan jalan darat bagi melaksanakan ibadah haji tahun ini.

Berdasarkan statistik ketibaan dan pelepasan yang dikeluarkan oleh Kementerian Haji dan Umrah seramai 147,094 jemaah haji sudah sampai di Madinah.

Lapangan Terbang Antarabangsa Putera Mohammed bin Abdulaziz di Madinah, kiraan menunjukkan seramai 136,007 jemaah telah tiba.

Melalui jalan darat, seramai 11,087 jemaah haji yang disahkan oleh Pusat Imigresen Arab Saudi telah tiba di Madinah.

Mengikut statistik ketibaan itu, jemaah yang paling ramai adalah dari Indonesia iaitu 26,304 orang, diikuti India 21,790 orang, Pakistan 9,383 orang, Bangladesh 8,680 orang dan 6,326 orang dari Iran.

Selain itu, seramai 49,388 jemaah haji telah meninggalkan Madinah bagi meneruskan perjalanan ke Mekah sejak beberapa hari lalu dan sehingga kelmarin, seramai 97,690 jemaah masih berada di Madinah.

Beberapa petugas bertugas telah ditempatkan di lapangan bagi menyambut ketibaan jemaah haji dari serata dunia di lapangan terbang dan pusat imigresen.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button