Semasa
Peperiksaan PT3 dimansuhkan mulai tahun ini
PUTRAJAYA : Kementerian Pendidikan (KPM) memutuskan ujian Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) secara rasminya dimansuhkan mulai tahun ini.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin pada sidang akhbar khas hari ini.
Sebelum ini, PT3 ditangguhkan selama dua tahun sejak 2020 akibat pandemik Covid-19.
“Murid akan ditaksir oleh guru setiap masa menerusi pentaksiran berasaskan sekolah.
“Untuk memastikan murid mendapat penguasaan sepenuhnya dalam sesuatu topik yang diajar,” katanya ketika sidang akhbar khas hari ini.
Terdahulu, PT3 ditangguhkan selama dua tahun sejak 2020 akibat pandemik Covid-19.