Semasa

Selangor benar individu tidak lengkap vaksin hadir majlis akad nikah bersyarat

SHAH ALAM : Sejak Isnin (16 Mei) lalu, majlis akad nikah di Selangor kini boleh dihadiri oleh semua individu walaupun masih belum lengkap vaksinasi.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menerusi poster yang dimuat naik di Facebook rasminya menyatakan syarat tersebut termasuk bukan yang terdiri daripada individu yang sedang positif Covid-19.

Menurutnya, individu tersebut juga bukan yang sedang menjalani Arahan Perintah Pengawasan dan Pemantauan (HSO).

“Selain itu, individu itu juga bukan terdiri daripada warganegara yang baru tiba di Malaysia tanpa vaksinasi lengkap.

“Pelaksanaan majlis akad nikah dibenarkan di masjid, surau, rumah atau mana-mana dewan di negeri ini serta di JAIS dan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID),” katanya.

Mengulas lanjut, had kehadiran bagi individu yang lengkap menerima vaksinasi juga tidak ditetapkan bagi pelaksanaaan majlis akad nikah.

“Justeru, JAIS menasihatkan semua pihak supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) semasa yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM),” tambahnya.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button