Perlu qada zakat fitrah jika belum tunaikan kewajipan
KOTA BHARU : Wajib qada zakat fitrah bagi umat Islam yang masih belum membayarnya pada Ramadan lalu meskipun lewat daripada waktu yang ditetapkan.
Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, ia berikutan terdapat hukum mengenai peringatan waktu untuk seseorang umat Islam yang merdeka melibatkan golongan tua atau muda, lelaki atau perempuan dan berakal untuk membayar zakat fitrah.
“Bermula dari awal bulan Ramadan hingga akhir bulan Ramadan hukumnya adalah harus untuk membayarnya manakala apabila terbenam matahari pada akhir Ramadan dan berakhir sebelum terbenam matahari 1 Syawal hukumnya adalah wajib, menurutnya.
Mengulas lanjut, ia perlu wajib untuk qada niat zakat fitrah jika telah memasuki 2 Syawal..
Dalam pada itu, Imam Masjid Bandar Kuala Krai Armin Azahari Mamat menggesa semua umat Islam agar segera menunaikan kewajipan zakat fitrah.
“Mungkin ramai yang tidak sempat untuk membayar zakat fitrah pada akhir Ramadan lepas memandangkan seluruh umat Islam menjangkakan 1 Syawal jatuh pada 3 Mei.
“Saya seru semua umat Islam supaya segera menunaikan kewajipan ini, jangan tangguh atau tunggu Ramadan tahun depan untuk membayarnya kerana berdosa sekiranya tidak melaksanakannya,” katanya.