Semasa

Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri esok

KUALA LUMPUR : Seluruh umat Islam di Malaysia bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri bermula esok (2 Mei).

Perkara itu diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad sebentar tadi, selepas aktiviti cerapan anak bulan dilaksanakan di 29 lokasi di seluruh negara, petang tadi.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh hari raya puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Isnin, 2 Mei 2022,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi pengumuman rasmi disiarkan di saluran televisyen tempatan, sebentar tadi.

Namun, pengumuman tarikh tersebut menerima pelbagai reaksi orang ramai yang tidak menyangka perayaan Aidilfitri tahun ini disambut awal sehari berbanding tarikh yang ditetapkan mengikut kalendar seperti tahun-tahun sebelum ini.

[videopress 45hlBiFb]

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button