Dunia

Presiden Perancis nyaris terkena balingan buah tomato

PARIS : Dahulu dibaling telur, tetapi kini Presiden Perancis, Emmanuel Macron telah dibaling buah tomato pula oleh seorang penunjuk perasaan di sebuah pasar di Cergy, barat laut Paris.

Menurut laporan portal berita France24 semalam, insiden tersebut berlaku ketika beliau sedang membuat tinjauan pertama selepas memenangi pilihan raya Presiden.

Kekecohan berlaku dalam kalangan pasukan keselamatannya yang cuba untuk melindunginya walaupun tomato yang dilemparkan itu tidak mengenai sasarannya.

Macron menutup bahagian atas kepala menggunakan tangannya manakala pengiringnya membuka sekaki payung bagi melindungi Macron daripada ‘hujan’ tomato.

Namun, beliau juga menganggap bahawa perkara ini “tidak serius,” sebelum dibawa pergi oleh pasukan pengawal peribadinya.

Terdahulu, Macron telah diundi semula dalam pilihan bulan ini dan mengalahkan pesaingnya, Marine Le Pen dengan peratusan undian sebanyak 58.5 peratus berbanding 41.5 peratus yang diperoleh Le Pen pada pilihan raya pusingan kedua Ahad lalu.

Tahun lepas, Macron juga pernah ditampar seorang lelaki ketika beliau mengadakan lawatan ke tenggara negara itu.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button