Facebook padam laman berita Palestin buat liputan serangan al-Aqsa

BAITULMAQDIS : Facebook menggantung akaun laman berita Palestin berikutan liputan mengenai serangan ganas Israel ke atas Masjid al-Aqsa sejak Jumaat lalu.
Laman berita Al-Qastal berkata bahawa Facebook telah memadam halamannya tanpa amaran atau penjelasan, menyebabkan ia kehilangan ribuan pengikut. Walau bagaimanapun, beberapa jam kemudian, halaman itu mengumumkan ia telah dipulihkan.
“Laman Al-Qastal akhirnya kembali berfungsi selepas usaha daripada rakan-rakan dan pencinta al-Aqsa dan al-Quds,” katanya dalam satu kenyataan di Twitter.
IOF launched a large-scale campaign of arrests against Palestinian photojournalists after being injured during the attack on worshippers in Al-Aqsa Mosque
Facebook is trying to silence Palestinian voice as it deleted prominent Palestinian pages specialized in Jerusalem's events pic.twitter.com/KiVcdMjYzj
— AlQastal News (@QastalNewsEn) April 16, 2022
“Platform media sosial itu berpihak kepada tekanan daripada pihak berkuasa Israel yang bertujuan untuk mendiamkan suara penduduk Baitulmaqdis,” menurut kenyataan awalnya.
Menurutnya, halaman Facebook mareka tetap dipadamkan walaupun telah mematuhi piawaian penerbitan Facebook yang ketat.
Terdahulu, Al-Qastal mengesahkan bahawa tentera Israel telah menyasarkan dua wartawannya semasa pergolakan di Masjid al-Aqsa Baitulmaqdis Timur.
Untuk rekod, lebih 150 orang cedera dan sekurang-kurangnya 400 ditangkap oleh tentera Israel yang menyerang jemaah di dalam masjid dalam serbuan selama empat jam.
Al-Qastal mengesahkan bahawa tentera Israel telah membaling bom tangan secara mengejut di ke arah salah seorang wartawannya, Nesreen Salem, semasa membuat liputan mengenai serangan itu.
-AGENSI
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia