Semasa

Tiada rakyat Malaysia terkesan letupan gas, kemalangan bas di Mesir

PUTRAJAYA : Tiada rakyat Malaysia yang terkesan dalam dua insiden di Mesir iaitu letupan besar saluran paip gas di Nasr City, Kaherah pada Khamis dan kemalangan membabitkan sebuah bas di Aswan pada Rabu.

Perkara itu disahkan oleh Kementerian Luar Negeri yang memaklumkan pelajar Malaysia yang menginap di sekitar Nasr City telah dihubungi oleh Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah bagi memastikan keselamatan mereka.

Kementerian itu juga menasihatkan agar rakyat Malaysia sentiasa berhati-hati dan menjaga keselamatan masing-masing.

Terhadulu, media Mesir melaporkan kebakaran besar telah berlaku berhampiran Al-Ahly Club di Nasr City akibat letupan dan kemalangan bas dengan sebuah lori di Aswan pula telah mengorbankan 10 nyawa termasuk lima pelancong asing.

Mereka yang memerlukan bantuan konsular diminta menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah di Mesir 21, Al Aanab Street, Mohandessine, Giza, atau hubungi melalui telefon: +201200276388 atau e-mel: mwcairo@kln.gov.my.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button