Diterjemah oleh : Wartawan Pelatih, Hasanah Yusof
SHAH ALAM : Selangor akan diberi keutamaan dalam usaha melaksana dan menaik taraf rangkaian perkhidmatan 5G oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM).
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, di bawah rancangan Rangkaian Digital Nasional (Jendela), terdapat tiga program yang sedang dijalankan.
“Pertama sekali ialah menambah bilangan menara telekomunikasi 4G baharu manakala untuk naik taraf 5G negeri Selangor akan diberi keutamaan,” ujar beliau.
Selain itu, beliau berkata, dua lagi program di bawah Jendela, menambah bilangan isi rumah yang mempunyai sambungan gentian optik dan menaik taraf sistem pemancar 3G kepada sistem 4G.
Di bawah inisiatif Jendela, Selangor menerima peruntukan tinggi berjumlah RM5.35 bilion untuk menaik taraf sistem telekomunikasi di negeri itu.
Setakat ini, sebanyak 313 menara telekomunikasi baharu berjaya disiapkan di Selangor, manakala 35 menara lagi masih dalam pembinaan.
“Sebanyak 7,197 stesen pemancar dinaik taraf kepada 4G dan 652 masih dalam proses.
“Sebanyak 419,896 premis mempunyai sambungan gentian optik dan kerja-kerja pemasangan sedang dijalankan di 196,422 premis lain,” kata beliau.
Tambahan pula, Inisiatid Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi), beliau menggesa DUN ynag masih belum dilengkapi PEDi memohon kepada kementerian untuk mendapatkan kelulusan segera.
Setakat ini, baru 48 pusat telah ditubuhkan dan sudah beroperasi di Selangor.
-AGENSI
http://https://fb.watch/cntzEPoKoR/